Sesudah sampai di airport Jeddah, maka urusan imigresen , mengambil beg diselesaikan. Byk2 baca doa " rabbiyasir........." mohon supaya Allah permudahkan urusan kita. Sebaik keluar dari muka pintu airport, datang la seorang pak arab minta dan terus ambil paspot abah aku. Kami tecengang dan terpinga-pinga. eh, apasai pulak ni??? dah la tak brapa nak faham dgn bahasa pak arab ni. Abah aku minta blk paspot tu, dia xbagi.Apa lg, cuak la masing2. Dah di negara org dgn takda paspot di tgn. Adik aku waktu tu umoq dia 21 thn, darah tengah muda, apa lagi... dia p bergaduh ngan pak arab tu la. MasyaAllah!!! tak tau nak kata apa. Last2 dpt blk paspot tu kat kami. Lega. Bukan apa, pak arab ni lain mcm sikit depa. dok buat kalut ikut dan depa ja. Selama ni dok fikir positif abih kat bangsa arab ni tapi bila berdepan sendiri baru la tau mcm mana. Jadi benar lah lagi sungguh sirah menceritakan dugaan2 pahit getir yg telah dilalui oleh Rasulullah kita Nabi Muhammad SAW. Allahu...kuat betul Nabi kita kan....tempuh cabaran nak sebarkan Islam.
Ok... lepas dah selesai semua urusan(lewat malam jugak) dan sedikit drama tadi, kami disambut pulak dgn bas yg akan bawa kami terus menuju ke Madinah di mana terletaknya masjid nabawi dan didalamnya terdapat Makam Rasulullah. Jarak perjalanan yg bakal ditempuh lebih kurang 450km...fewwwww... Semua org dlm keletihan, maka dlm bas tu apa lg...ZZzzzZZZzzzzZz.... tapi kami 4 beranak ni xberapa nak lelap sgt. sat2 jaga, dok tgk pemandu tu pandu bas, sat2 mai flash terang benderang...HaH!!! apa lg! kena speed trap la jawab dia. Laju betul mamat arab di bawa. LoqLaq bak kata org kedah.
Day 1 - 21/7/12
Lebih kurang Jam 4.15 pg, kami sampai di hadapan Hotel Makarim Al-Masi, Madinah. Apa?? 2jam 30minit ja dia pecut? laju sungguh mamat arab ni. Apa pun, alhamdulillah kami sampai dgn selamatnya ke destinasi yg dituju. Hari kami sampai tu adalah tanggal 1 Ramadhan 1433H. Allahuakbar, aku rasa hari yg paling bertuah dlm hidup aku dapat menyambut Ramadhan di tanah suci, dekat dgn Rasul. Kedengaran azan dari masjid nabawi. Sungguh, sungguh aku tak percaya yg aku kini dah sampai di tempat yg diidamkan ramai umat Islam. Terima kasih Allah jemput aku. Mungkin bagi kalian ini adalah perkara biasa tapi tidak aku. Terdapat beberapa org jemaah yg sgt excited, teruja nak menunaikan solah subuh di masjid nabawi tapi diingatkan oleh abah aku selaku mutawif sepanjang di sana, utamakan keselamatan, kesihatan tubuh badan bagi yg kurang rehat kerana jauh lg perjalanan ibadah kita, bukan hanya tertumpu di sini sahaja. Mutawif memberi keutamaan pada org yg lbh muda utk pergi ke masjid nabawi sendiri disebabkan byk faktor, ingatan yg kuat utk igt pintu masjid utk keluar dan jalan blk smula ke hotel dan juga badan masih mampu. Yg lebih berumur dinasihatkan terus solah subuh di hotel sahaja, menunggu zohor baru ramai2 ke masjid nabawi. Jarak hotel ke masjid nabawi lebih kurang 50meter.
Setelah mengemas barang dan solah subuh di hotel, maka aku merebahkan badan utk berehat setelah 2 hari perjalanan tanpa rehat bermula dari Ipoh-Kedah-Penang-Singapore-Abu Dhabi-Jeddah-Madinah. Kesihatan badan mesti diutamakan kerana kita dtg utk beribadah di sini.
Apabila hari agak cerah, aku dan adik aku keluar dari hotel utk meninjau-ninjau keadaan sekeliling dan......tersergam di sebelah kanan aku Masjid Nabawi. Ya...ya... benar, aku telah berpijak di bumi yg nyata, aku bukan lagi bermimpi di siang hari. Ramai sgt org berjualan :- jubah, shawl, tudung, kopiah, Al-Quran, mainan, inai, segala mcm mak nenek, semua ada. Tinggal bawa duit jer. Patut la rangkap lagu kumpulan Raihan "PERGI HAJI BUKANNYA UNTUK MEMBELI-BELAH", mmg kena sgt lah baris tu. Panas di bumi bertuah ni hanya Allah saja yg tahu... hampir mencecah 50darjah celcius. Bertanyakan org local di situ, mereka memberitahu setiap kitaran 7 tahun sekali akan terkena musim yg sgt panas seperti sekarang yg kami tempoh. Musim mengeringkan kurma yg terbaik. Wet tisu yg aku aku gunakan utk mnutup muka dek kerana tak tahan bahang panas mengering dlm beberapa minit sahaja.
Bermula lah solah Zuhur yg pertama di masjid nabawi. Diingatkan jgn bawa kamera ke dalam masjid. Pada setiap pintu masuk masjid terdapat jaga/polis yg akan memeriksa beg anda. Jalan terbaik, buka terus beg dan tunjukkan pada mereka supaya mereka tidak memeriksa anda secara details. MasyaAllah org punya la ramai, terpaksa selfish sikit kalo di sini nak dpt ruang solah di dlm masjid. Seperti biasa, anda perlu lah sepositif mungkin sepanjang berada di tanah suci, insyaAllah Allah akan tlg anda.
Benar la apa yg dikata, kita dekat sgt dgn Nya, segala doa mahupun yg terdetik di hati, Allah terus makbul. Pengalaman aku pertama berada di sana, ada seekor lalat xabih-abih merunsing dimuka dan badan aku. Aku jd rimas, lantas aku berdoa dan terniat dlm hati... "ya Allah, aku tahu aku ni sgt hina di sisiMU, sehina mana pun aku, jgn la smpai lalat sebagai pngukurnya, jauhkan lah lalat ni dari menganggu pergerakan aku utk beribadah." Tak sampai 5 minit, xda sekor pun lalat dtg mengganggu aku sampai la hari terakhir aku di tanah suci. Aku rasa mcm magic. tu la kuasa Allah. Nampak simple tp itu lah dia.
Sambung part 3...

"Dukhul=masuk"... 1 Ramadhan 1433H di Jeddah
No comments:
Post a Comment