Tuesday, September 12, 2017

Penyucian jiwa (1 Ramadhan di tanah suci)...part 3 August 8, 2012


Selepas solah Zuhur di masjid dan selesai menghantar jemaah wanita ke hotel, aku merayau-rayau bersama mak di sekitar kawasan hotel. Org perempuan ni kalo dgn sopink mmg xleh lari la. Konon saja2 nak tgk, terbeli jugak la sebarang dua di kedai sekitar tu. Aku jadi rambang mata tgk jubah. Macam2 fesyen dan warna manik tapi warna kain boleh dikatakan 99% hitam. Wanita arab boleh dikatakan smuanya mengenakan jubah warna hitam di luar sebagai cover, manakala di dalamnya dikenakan bermacam2 fesyen pakaian, ada yg jeans dan sebagainya. Aku terbeli jugak sehelai 2 jubah buat tukar ganti sepanjang di sana sbb aku hanya bawa 2helai baju sahaja. Memang niat aku xnak bawa baju byk sbb nak beli je nanti. Harga ditawarkan, pada aku rasakan murah disebabkan mata wang RM lebih besar sedikir dari SR. Kalau di Malaysia, jubah2 dari arab semuanya mencecah RM150 dan ke atas padahal di sini, boleh dapat dengan separuh harga. Yg bestnya, penjual di sini kebanyakan boleh berbahasa melayu dan ada berdialek Indonesia. Ini mungkin kerana kuasa membeli terbanyak dari kalangan rakyat Negara Malaysia dan Indonesia. 

Selepas selesai solah asar, aku menyambung aktiviti merayau dgn adik aku, sementara menunggu wartu maghrib utk berbuka puasa di hotel. MasyaAllah, letih sgt kami rasa tambah pula cuaca yg sgt panas. Otw pulang ke hotel utk berbuka puasa, seingat aku, kami beli 3jenis jus buat haloba mata. Padan muka kan, berjalan xingat. hahhahaa..... Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, aku dan adik aku jadi seoerti budak2 yg baru belajar berpuasa menegok air bercawan2 dan terdampar di lantai berjubin yg sejuk utk menghilangkan keletihan. Azab jugak rasanya. Kami baru sehari merasa berpuasa di tempat panas sudah keletihan begini, bagaimana pula mereka yg sudah biasa dgn keadaan begini? moga berlipat ganda lah pahala mereka yg sgt sabar. Syukur jkita di Malaysia yg kadang kala merungut akan cuaca panas, cuma 30degree+++. Aku hanya solah maghrib di hotel. Kemudiannya bersiap utk solah isyak di masjid nabawi dan solah sunat terawih. 

Selesai melalui prosuder biasa di pintu masjid nabawi, aku dan emak serta jemaah wanita yg mengikut aku menulakan misi mencari tempat utk solah. Alhamdulillah ada sedikit ruang. Pada bulan Ramadhan, aku difahamkan jemaahnya terlalu ramai hampir2 hendak menyamai pada musim haji kerana ramai yg berebut peluang utk berpuasa di tanah suci disamping tiada kuota yg dihadkan utk jemaah yg dtg utk mengerjakan umrah. Syahdu sangat mendengar imam mengalunkan suara ketika solah. Walaupun surah panjang yg dibaca tapi tidak terasa lamanya berdiri. Solah sunat terawih di sini tidak sama seperti di Malaysia iaitu tiada selawat berselingan utk memulakan rakaat baru. Selesai salam, imam akan terus bangun dan takbir utk rakaat seterusnya sehingga selesai.

Day 2

Kami bersahur di hotel dan menunggu waktu subuh. Ramai2 bergerak menuju ke masjid nabawi. Selesai solah subuh, kami ada misi yg mesti dilaksanakan iaitu ke Taman Syurga...Raudhah...

Sambung part 4...

Aku sukakan bumi Madinah, penuh toleransi, kelembutan dan tenang.
Seorang backpaker bertukar menjadi pembantu mutawif, beg berisi paspot anak jemaah dan dokumen yg lain. Aku suka task baru kali ni. Tq abah n mak

No comments:

Post a Comment

Land Roadtrip to Indochina part 1

Assalamualaikum... Hari ni baru nak update pasal story landroad by kelisa ke Golden Triangle. Actually kitorg dah pun beli tiket flight Ha...