Pengalman menunaikan umrah kali pertama pada 21 Julai 2012- 2 Ogos 2012. Baru ditulis dijadikan blog utk mudah memperingati.
Abah dan mak aku mempunyai kekuatan utk memulakan kembali aktiviti membawa jemaah ke tanah suci setelah dipujuk dan diberi inspirasi baru oleh pupu bau bachang abah aku. Sebenarnya parent aku berasa agak tidak yakin setelah pernah ditipu oleh bisnes partnernya sekitar beberapa tahun lalu. sejumlah wang anak jemaah berjumlah ratusan ribu telah dilarikan dan sampai sekarang tak dapat kabar berita. Allah lebih m
engetahui. Permintaan demi permintaan dari sahabat handal, kenalan dan juga anak murid dewasa abah dan mak aku, maka jemaah yang terkumpul utk menunaikan umrah seramai 28 org tidak termasuk abah, mak, adik lelaki dan aku.
Mungkin inilah yg dikatakan jemputan Allah dan rezeki aku utk memijak tanah suci buat pertama kalinya. Abah aku menyatakan hasratnya utk membawa aku dan adik aku turut serta menunaikan umrah ni sebagai pembantu menguruskan anak jemaah. Aku yg agak terkejut, takut, teruja, gembira dan bermacam-macam lagi la perasaan yg bermain difikiran aku. Ia la kan, sbb aku rasa aku ni banyak sgt dosa, rasa hina, rasa kotor, rasa tak layak jd tetamuNya. Allah jemput kita menjadi tetamuNya dgn pelbagai cara dan ketika (aku dan adik cuma pergi bawa duit belanja sbb semuanya ditanggung oleh ibubapa aku).
Sebelum menunaikan umrah aku byk bertanya pada kawan2 aku yg berpengalaman ke sana. Hampir semuanya sama perasaan yg dirasakan seperti yg aku alami. Apa yg paling aku takut adalah kalo aku jejak kaki di masjidilharam tapi aku tak dapat lihat kaabah...Allahu... nauzubillahiminzalik... Banyak jugak kisah2 yg negatif dari jemaah yg ke tanah suci yg buat aku jadi takut dan risau. Apa pun aku tetap berpegang pada nasihat ibubapa aku iaitu, sentiasa la bersangka baik dan berfikiran positif selagi kita dalam proses ke tanah suci dan juga selama kita menunaikan umrah dan setererusnya. Jangan lupa utk memohon doa yg baik2 sahaja setiap kali ketika selesai solah. Mudahan Allah permudahkan urusan kita.
Proses penyediaan dokumen sudah, visa sudah, paspot juga sudah. Hari yg ditunggu pun tiba. Pagi Khamis (19/7/12) aku memandu kelisa ku dari Ipoh ke Kedah(tak dpt blk awal sbb ada tugas perlu disempurnakan), setelah melepasi terowong menora kejadian tak diingini berlaku... brek dan gear aku mulfunction...jem terus... dalam kegabraan aku utk mengawal kelisaku disebabkan byk kereta di hadapanku sbb terdapat kemalangan, Allah bagi aku kesempatan berfikir iaitu dgn menarik hand brake sedikit2 dan lepaskan. Aku ulang2 lagi sampai kereta aku betul2 berhenti ngam2 tepi devider besar(kawasan hitam sering terjadi kemalangan). Menggigil 1 badan aku, aku telefon pomen kelisa aku, dia cakap xda apa, bnoleh saja drive tapi mesti mau berenti dulu kasi sejuk semua brek dan gear, nanti baru jalan blk. fuhhh... Allah syg aku weh... Alhamdulillah. Lepas berhenti rehat di RnR Bukit gantang, aku meneruskan perjalanan ke Kedah.
Jam 10 pagi mcm tu aku sampai. Org dah penuh kat rumah aku weh!!! Aku 1 habuk pun tak siap lg. Apa lagi, maka kelam kabut la aku siap barang apa yg patut dan terus mandi dan ready utk bertolak. Gila kan??? Sampai ja rumah dari Ipoh terus kelam kabut siap nk g UMRAH...bukan nk g jenjalan.huhuhuhu... Siap solah sunat musafir berjemaah, maka kami 4 beranak berdiri betul2 di muka pintu rumah, muazin melaungkan azan. Hati sayu, sebak... selesai berdoa, bermula lah kami sebagai musafir ke tanah suci. Terima lah ibadah kami nanti ya Allah!
Kami semua berkumpul di depan masjid Felda Lubuk Merbau, Pendang, Kedah utk menaiki bas ke Penang. Sampai di Penang kami bermalam di masjid yg terletak lebih kurang 15 minit dari airport Bayan Lepas. Abah aku dah deal dgn Tuan Imam masjid tu utk tumpang bermalam dan membayar sedikit saguhati utk air dan elektrik. Sungguh2 musafir kami. Aku faham sgt dgn abah aku, dia lebih selesa "hotel" muslimin muslimat ni.hehehe.
Tanggal 20/7/2012 kami berlepas dgn pesawat Tiger Airways (1jam15minit) dan transit seketika(1 jam) di Changi Airport, Singapore utk menukar pesawat Singapore Airline. Terpegun aku, canggih betul airport situ. nak kena naik train bagai..fuhhh..berlari aku ngn abah nk kejar connecting flight sbb jarak dia agak jauh. Jemaah pulak semua dah berumur kebanyakannya. 70an pun ada...mmg kena byk besabar dan aku kena lbh cergas utk pengurusan. Sesampai shja di pintu boarding, aku bagitau kat petugas situ, tungguuuu, ada ramai lagi xsampai. Selesai semua, kami berlepas dari Airport Singapore menuju ke Jeddah. Alhamdulillah, selesai tugasan kedua.
Lebih kurang 8-9 jam di awan biru, kami landing dan berhenti lagi di airport Abu Dhabi, UAE bg proses menyuci kapal, mungkin mengisi minyak dan pertukaran pramugari. Sepanjang dlm penerbangan aku meluangkan masa dgn membaca al-quran, berzikir dan tak lupa menggodek skrin dpn mata aku, byk lagu arab best. sememangnya aku peminat irama padang pasir. Makanan pun mcm2, jenuh makan. Best pulak rasanya merasa naik kapal lama2 mcm ni. Rasa mcm nak g selalu je.hehehe. Aku ada 1 pengalaman semasa penerbangan ni, salah seorang jemaah nk ke tandas, m.cik ni minta tlg aku, so aku pun bawa dia dan tunggu. lps sudah hajat besar dia, dia panggil aku yg diluar ni minta tlg flush kan. xpe la, aku enjoy sgt dgn duty pertama aku sebagai membantu abah aku menjaga jemaah umrah. Aku faham, m.cik ni dari kg dan kurang tahu hal2 yg baru. Kalau aku pertama kali pun, mesti mcm tu kan. Tak tau kat mana nak cari air di atas langit nun... :P
Selesai semuanya, perjalanan diteruskan lagi, tambahan lg 4 jam perjalanan baru la kami betul2 sampai di Jeddah. di sini lewat 5 jam dari Malaysia. Abah dan mak aku berpuasa sunat Syaaban ketika itu, maka mestilah berbuka puasa mengikut jam tempatan negara yg dituju. Ertinya abah dan mak aku menambah lg 4jam dari tempoh biasa berpuasa di Malaysia... berbuka puasa , selesai la sudah.
Turun sahaja dari kapal terbang, kami sampai waktu maghrib dan disambut dgn bas yg akan membawa penumpang ke balai ketibaan. dan menunggu di sana mengikut giliran utk melepasi imigresen Jeddah. Jemaah terlalu ramai dan kelam kabut. Yg mempunyai pengalaman di sana mungkin faham situasi yg aku maksudkan. Allah! sabar la wahai hati...kau dah dekat dgn rumah Allah dan Rasulullah...
Sambung part 2...

No comments:
Post a Comment