Tiada apa aktiviti selain iktikaf di masjid dan bersembahyang terawih pada malam hari nya di masjidil haram. Cuma ada 1 malam yg aku 'tuang' terawih, di mana aku dan adik aku serta sepasang suami isteri menjalankan misi menjelajah kawasan sekitar mekah. berJALAN KAKI! tapi suhu pada malam lebih sejuk dan nyaman. Sebelah siangnya kami langsung xde jalan-jalan takut "terpecah puasa." Aku dapat grab sehelai jubah dgn harga SR25(baju ni adalah baju rasmi sekolah rendah diorang) jadi la kan. Bukan orang Malaysia tau pun aku pakai baju sekolah.hehehe.
Setelah selesai sopink, kami pun bergerak pulang ke hotel. Otw berjalan kaki ada kereta arab berhenti dan offer kami naik...Setelah berbincang maka kami pun setuju menumpang. Tak banyak yg diperbualkan sbb mamat Arab ni xpandai English sgt, nak cakap arab lagi la haru kan...hihii...sampai dipersimpangan, dia berhenti kereta dan kami turun dan sambung berjalan mnuju jalan pulang.
ni adalah coretan n cerita sikit2 perihal keluarga aku dan juga catatan diriku sendiri ... aku nak try create salah silah family kat ruangan blog ni untuk tatapan semua. Mana tau kalo aku dah pejam mata, at least generasi akan datang dapat jugak cari salasilah family diorang melalu sistem canggih masa kini.Guna internet la katakan. Bak kata org, maklumat di hujung cari. Aku juga menceritakan kisah perjalanan pengembaraanku sebelum bergelar ahli kubur tetap
Thursday, September 28, 2017
Tuesday, September 12, 2017
Penyucian jiwa (1 Ramadhan di tanah suci)...part 6 August 11, 2012
Day 4
Selesai solah Subuh di masjid nabawi, kami pulang ke hotel utk bersiap dan mengemas barang utk berangkat ke Mekah bg tujuan mengerjakan umrah. Ini adalah umrah yg pertama wajib ke atas aku. Setiap umat islam mesti perlengkapkan diri dgn rukun islam yg 5. Perkara ke-5 adalah menunaikan Haji bagi yg berkemampuan. Dalam mengerjakan haji juga wajib di sekalikan dgn umrah. Memandangkan zaman sekarang sudah ramai yg berkemampuan utk menunaikan haji tetapi disebabkan mesti mengikut giliran dan kuota, maka ramai yg mengambil inisiatif utk mengerjakan umrah dahulu kerana tiada kuota yg ditetapkan.
Setelah bersedia semuanya, kami mengumpul beg di lobi hotel utk dinaikkan ke dalam bas yg akan menghantar kami ke Mekah. Sementara menunggu bas, kami semua ke masjid nabawi utk mengucapkan salam terakhir dan selamat tinggal kepada Rasulullah. Kumpulan kami diketuai oleh abah aku selaku mutawif. Sedang kami berdiri bertentang dgn makam Rasulullah di bahagian ruang legar luar masjid sambil mengamimkan doa yg dibackan oleh mutawif, datang polis lelaki madinah menghalau kami daripada melakukan sedemikian. Allah! ini lah yg dikatakan wahabi. Di Mekah dan Madinah boleh dikatakan keseluruhannya mengamalkan wahabi. Golongan ini sedikit demi sedikit menghapuskan sejarah2 Rasulullah dan tinggalan islam lama. Jika kalian solah subuh di sini jgn kehairanan jika doa qunut tidak dibaca, jgn terkejut jika selepas memberi salam tiada doa dipanjatkan. Ini lah di antara amalan2 yg mereka amalkan. Bertentang dgn kita sebagai pengamal mazhab Shafie. Apa boleh buat kan, bila di negara org terpaksa akur dgn arahan mereka. Walaupun hati berasa panas dan terkilan. alhamdulillah sempat juga berdoa dan beredar dari masjid nabawi.
Sekitar jam 11.00 pagi, kami semua bergerak meninggalkan madinah menuju ke Mekah. Sewaktu dalam perjalanan kami berhenti di Bir Ali yakni miqat utk niat ihram. Kami solah jamak dan qasar zohor dan asar d masjidnya. Setelah selesai semua urusan termasuk lah solah sunat ihram, kami semua niat berihram semasa bergerak keluar dar masjid sambil berjalan ke arah bas. Semasa berada di dalam ihram, mesti la patuh pada pantang larangnya, jika tidak pasti dikenakan denda mengikut larangan yg telah dilanggar. Sepanjang dalam perjalanan kami bertalbiyah;- laibakallah humma labaik, labaikala syari kala2 baik, innalhamda wania'qmata lakawalmulk............ Perjalanan kami lebih kurang 450km.
Kira2 jam 5 ptg kami sampai di hotel di Mekah. Kesabaran mula teruji di sini. Keletihan berpuasa dicampur dgn perjalanan yg agak jauh dicampur lagi dgn kegelojohan para jemaah yg tidak sabar2 mahu ke masjidilharam sendiri tanpa tahu arah nya di mana. Allahuakbar! engkau jualah yg memberi kesabaran kepada hambaMu. Mutawif menasihatkan agar jemaah berehat dulu dan kemudian kita ke masjidilharam bersama2 bagi menunaikan umrah pertama dan yg penting jgn lupa pantang larang anda semasa di dalam ihram.
Haji Razak sahabat juga saudara abah aku yg telah lama bermastautin di Mekah menjadi org tgh abah aku bagi menguruskan urusan2 di Mekah berkenaan hotel, makan minum dan kenderaan. Boleh dikatakan sepanjang kami berada di Mekah, Hj. Razak sering berada bersama kami. Masakannya boleh buat kami pecah perut. Itu lah kan... Melayu tetap Melayu. Di negara org pun masih nak cari menu Melayu.Hehehehe... selesai semuanya, kami berjalan kaki ke masjidilharam melintasi pekarangan bas awam (tujuan laluan bas utk ke tempat miqat) dan sampai di masjidilharam. Ketika ini tersangat ramai jemaah yg masuk ke masjidilharam bagi mendapatkan tempat utk sembahyang terawih. Dalam hati aku terasa gentar dan khuatir, takut2 aku xnampak wajah kaabah sebagai kifarah dosa2ku yg lampau. Langkah demi langkah diteruskan utk mencari ruang dan peluang mendekati kaabah utk memulakan tawaf rukun umrah.
Akhirnya, suatu yg dihajatkan, tercapai dan tersergam sebuah binaan yg diselimuti kain hitam yakni Baitullah~kaabah di hadapan ku. air mataku sgt murah tanpa diminta tatkala menyaksikannya. Aku berdoa. kami bergerak turun ke lantai di mana paras terletaknya baitullah utk tawaf. Mutawif memberi penerangan cara2 mengerjakannya dan kami berpimpin tgn dgn erat lg kuat utk melakukan tawaf. Dengan berserah kepada pertolongan Allah kami memulakannya. Sekerdil semut di tengah lautan ibaratnya tatkala berada di lingkungan org ramai yg penuh sesak. hati2 dan jagalah wuduk dan auratmu kerana syarat2 sah tawaf adalah seperti kalian hendak mendirikan solah. Lagi pula, ketika bulan Ramadahan ramai yg lebih senang mengerjakan umrah pada sebelah malamnya kerana cuaca lebih dingin dan selesa. Pada sebelah siang hari nya pula digunakan utk berehat.
Selesai betawaf 7 keliling, kami ke tempat saie mengerjakan saie ulang-aling sebanyak 7kali bersamaan lebih kurang 4km. Selesai saie, kami bertahalul iaitu bercukur ataupun memotong sekurangnya 3 helai rambut dan tertib. Begitula turutan rukun umrah. Setelah bertahalul ertinya anda telah lucut dari ihram bersama-sama pantang larangnya. Masa yg diambil bagi menyempurnakannya lebih kurang 3jam. Berpeluh-peluh, dahaga...sudah cukup membuatkan anda rasa seolah2 anda baru selesai acara olahraga. Itu lah disebut mengerjakan ibadah. Rebut lah peluang ketika muda kerana tenaga anda masih banyak, badan masih sihat sebelum anda rasa menyesal bila tua nanti.
Pada saat ini, hati ku berasa tenang sekali , gembira sangat, lupa segala masalah. Sesungguhnya sewaktu kaki aku mendarat di bumi bertuah ini, fikiran ku kosong. Yg ada cumalah tujuan aku dtg di sini utk beribadah. Aku langsung tak igt soal kerjaku di Malaysia, soal kucing ku yg dah diberi makan ke belum. Status aku sewaktu ini adalah tunangan org. encik tunang aku pun aku lupa jugak cuma hanya igt berdoa seandainya mmg jodoh kami, Allah permudahkan lah dan kalau bukan jodoh kami, aku reda. :)
sambungat part 7
Penyucian jiwa (1 Ramadhan di tanah suci)...part 5 August 10, 2012
Day 3
Sesudah solah subuh, sekitar jam 7.30 pagi, kami menunggu di depan hotel utk tujuan ziarah. Semua jemaah telah siap dan disambut dengan pemandu bas F1 kami. Sepanjang perjalanan kami diisi dengan berzikir dan ada yg tertidur. Kami dinasihatkan utk seboleh2nya jgn bersembang kosong, isi lah dengan perkara manfaat sebaiknya, tambahan pula bulan Ramadhan pahala berlipat ganda.
Tempat ziarah pertama yg kami tuju adalah Bukit Uhud. Di sini juga sejarah perang uhud tercipta. Di sebut perang uhud kerana tempat berlaku perang uhud itu di kawasan yg dikelilingi bukit uhud. Islam kalah dlm perang uhud ini disebabkan ahlinya ada yg mengingkari arahan Rasulallah saw iaitu baginda telah berpesan jgn sesiapa meninggalkan kawasan/tmpt yg anda jaga/berdiri walau apa pun yg terjadi. namun setelah melihat ramai kafir terkorban dan byk harta ditinggalkan, maka golongan umat Islam juga terdiri dari ahli memanah yg ingkar arahan, turun untuk mengambil /merampas alatan perang. Apabila ini berlaku, maka kawalan menjadi longgar dan mereka lupa serta alpa. Pada kesempatan ini, kaum kafir mengambil kesempatan utk membuat serang balas dan ramai umat Islam yg terkorban dan kaum kafir mengisytihar akan kemenangan mereka dlm Perang Uhud. Di sini lah juga tempat disemadikan semula para syuhada yg gugur ketika Perang Uhud. Sekitar tahun 32 sebelum Perang Jepun, telah berlaku fenomena hujan tidak henti-henti selama 7 hari dan menyebabkan jasad2 para syuhada ini timbul dari tempat persemadian asal iatu agak jauh dikaki hujung bukit, maka Kerajaan Arab Saudi mengambil langkah utk menyelamatkan kesemuanya dgn menempatkan semula jasad2 tersebut ke makam yg anda lihat sekarang di mana tmpt ziarah yg pasti akan dikunjung oleh jemaah yg dtg ke tanah suci. Di belakang kawasan makam ini terdapat seperti banjaran bukit. Sejarah juga menceritakan di bukit itu, pengembala2 yg dtg di kawasan ini bersama haiwan ternakan akan memanjat bukit tersebut bagi melihat Madinah dr pandangan tmpt tinggi terutamanya masjid nabawi. Pada ketika itu, belum lg wujud bangunan2 yg tinggi, maka masjid nabawi jelas kelihatan dr situ berbanding sekarang mungkin sudah tidak nampak lg dik pembangunan yg pesat. Berdirinya hotel bertingkat-tingkat tingginya. Kami berdoa di sini buat para syuhada dan doa dipimpin oleh mutawif yakni abah aku sendiri. Berjujuran air matanya mengalir, abah aku menyatakan yg dia xboleh menahan air mata setiap kali berdoa di sini kerana mengingat kembali perjuangan para syuhada. Sekitar bukit uhud ni terdapat ramai yg menjual kurma, tasbih, beg dan sebagainya. Dinasihatkan utk anda pengunjung pandai tawar menawar dan membeli kurma di sini kerana harga juga agak murah berbanding di pasar kurma mahupun ladang kurma. Aku membeli kurma ajwa/nabi berharga SR50/kg.
Ziarah diteruskan lagi ke Masjid Quba. Masjid Quba terletak di tengah tanah lembah, di tengah2 ladang kurma. Kelilingnya dihiasi dgn landskap pokok kurma. Aku berasa teruja kerana ini adlh pertama kali aku melihat pokok tamar yg sarat dgn tandan berisi kurma. MasyaAllah! kalo di Malaysia kurmanya warna coklat kehitaman kerana kurma yg dihantar ke luar negara adalah yg telah dikeringkan. Masjid quba adlh masjid pertama yg Rasulullah bina di bumi Madinah. Barang siapa yg menunaikan solah sunat di masjid ini, pahalanya bersamaan dgn sekali menunaikan umrah. MasyaAllah! besar sungguh pahalanya. Sama2 la merebut peluang yg ada. Rasulullah semasa hayatnya seringkali berkunjung ke masjid Quba iaitu seminggu sekali sehinggalah beliau wafat. Selesai menunaikan solah sunat di sini, kami terus ke ladang kurma yg terletak berdekatan dgn masjid. Cuma 5 minit berjalan kaki. Terdapat pelbagai longgokan kurma kering mengikut jenis dan berlainan harga. Aku cuma membeli kurma yg disalut coklat memandangkan ada sahabat dari Malaysia memesan ole2 tersebut. SR25/kg. Jika bukan bulan Ramdhan, penjaga juga penjual di sini pasti berteriak-teriak 1 halal! 1 halal! 1 halal! 2 haram... ertinya mereka minta kita utk merasa sebiji sahaja apa2 yg terjual di situ terutamanya kurma lah. Belum lagi rezeki kami untuk merasa mkn kurma dr ladang sbb berpuasa. Ada juga kurma fresh dijual di sini.
Kami meneruskan perjalanan ke tempat ziarah ke-4 iaitu masjid Qiblatain. Sejarah menceritakan bahawa pada zaman dahulu, Org2 Yahudi telah meminta kepada Rasulullah utk solah berkiblatkan Baitul Maqdis. Sekiranya Rasulullah memenuhi hasrat mereka, mereka berjanji utk mengucapkan Syahadah yakni masuk Islam. Maka dengan izin Allah, Rasulullah mengikut kemahuan mereka dgn harapan janji2 yg dituturkan oleh kaum yahudi akan ditunaikan. Setelah beberapa lama Rasulullah menunaikan solah berkiblatkan Baitul Maqdis, beliau mendapati tiada tanda2 kaum yahudi akan masuk Islam. Rasulullah menjadi terlalu rindu utk solah berkiblatkan Baitullahilharam, hanya kepada Allah baginda mengadu dan memohon doa. Sehinggalah pada suatu saat, ketika Rasulullah menunaikan solah asar, Allah menurunkan wahyu supaya menukar arah kiblat daripada menghadap Baitul Maqdis kepada menghadap ke arah Baitullahilharam pada rakaat ke -2, maka Rasulullah meneruskan rakaat ke-3 dan ke-4 nya dengan berpusing mengikut arah kiblat menghadap baitullahilharam seperti diperintahkan Allah. Disebabkan itu lah masjid ini dinamakan masjid qiblatain yakni 2 kiblat. Bagi pengunjung ke sini tidak perlu la solah 2 arah kiblat yg berbeza seperti yg rasulullah buat. Kiblat di masjid qiblatain yg skarang adalah sebenar-benar kiblat yg berpandukan arah Baitullahilharam-kaabah. Setelah menunaikan solah sunat, kami bergambar kenangan dan beredar menuju ke bas utk meneruskan ziarah yg ke-5 iaitu ke masjid 7.
Kenapa digelarkan dgn nama masjid 7? di sini terdapat 7 buah masjid yg dibina di dalam 1 kelompok yg berdekatan di antara setiap 1 nya. Setiap masjid dibina mengikut kaum dan puak masing2. Seperti yg kita sedia maklum, Org arab terdiri daripada byk jenis puak. sewaktu ziarah kami cuma tinggal lg 3 masjid sahaja di situ, yg lain nya telah roboh. Kalo diperhatikan saiz asal yg dikatakan masjid di sini tidak lah sebesar saiz masjid2 yg dibina di Malaysia. Anggaran saiznya mungkin lebih kurang saiz surau Malaysia atau mungkin lebih kecil. Jika dilihat masjid2 lain yg wujud sejak zaman rasulullah , kini semuanya sudah dipebesarkan mengikut kapasiti semasa. di masjid 7 ini, kami cuma lihat dari dlm bas. Kesemua jemaah sudah keletihan termasuk lah aku. Panas tambahan pula berpuasa. Ditanya lg kepada jemaah mahu ke mana? Semuanya mohon balik berehat di hotel... Alhamdulillah selesai utk program ziarah pada hari tersebut dan terus pulang ke hotel di Madinah.
Nak dijadikan rezeki, sahabat abah yg membantu kami menguruskan soal hotel dan kenderaan di Madinah dtg ke hotel kami membawa sekotak tamar tua warna kuning yg menanti masa utk masak. Setelah masak ianya dipanggil rutob. Aku paling suka rutob yg diletakkan di freezer sekejap, sejuk2 sedikit keras, terasa seperti aiskrem strukturnya yg lembut lagi manis. arghh... nikmat utk berbuka puasa nanti.
Sambung part 6...
Penyucian jiwa (1 Ramadhan di tanah suci)...part 4 August 9, 2012
Pintu no.25 adalah laluan utk jemaah wanita menuju ke kawasan Raudhah. Pintu ini dibuka pada waktu-waktu tertentu sahaja tidak bagi jemaah lelaki, mereka bebas utk ke Raudhah bila2 masa yg mereka suka melalui laluan khas juga supaya tidak bercampur jemaah lelaki dan wanita. Cuma perlu pandai mengagak waktu yg dirasakan lengang utk pengunjung Raudhah. Masakan tidak, tempat mustajab berdoa ini menjadi rebutan jutaan jemaah yg datang ziarah. Raudhah ataupun yg disebut sebagai taman syurga, tempat mustajab utk berdoa. Bersebelahannya terletak Makam Nabi Muhammad SAW, Rasul kita yg kita cintai lagi dirindui. Kawasan ini dibahagikan dengan penghadang besar antara jemaah wanita dan juga jemaah lelaki.
Hati aku celaru. Hati aku sebak. Hati aku teruja. Aku umatmu yg banyak dosa, kotor, hina datang ke Madinah utk menjadi tetamumu ya Rasulallah.
Bersama-samaku jemaah wanita, mengikut setiap arah tuju aku utk mencari kawasan Raudhah. Pada ketika ini, papan tanda tidak ada cuma bertanya-tanya jemaah yg melintasi kami. Kami berhenti seketika di kawasan lapang di dalam masjid utk solah sunat dhuha, taubat dll dan berdoa agar dipermudahkan urusan kami. Mak aku ada memberitahu aku dan jemaah lain utk berdoa dan meminta apa sahaja, insyaAllah mudahan Allah memakbulkannya kerana kami sudah hampir ke kawasan raudhah walaupun belum lagi kelihatan kelibatnya. Ketika ini, aku tak dapat lg menahan air mataku. Ia mengalir laju, deras sederasnya tanpa dipinta dan dikawal. Aku seperti tidak percaya, aku sudah di sini Ya Allah. Aku malu dgn Mu dan kekasihMu Ya Allah, kerana kau mengangkat darjat ku yg hina ini sebagai tetamuMu. Segala doa kiriman sahabat2 dari Malaysia, aku bacakan dan mohon juga di sini. Membaca Quran mengisi masa terluang bagi menunggu jemaah yg lain. Yg lebih berumur, agak perlahan pergerakan... ya aku faham kerna 1 hari nanti aku juga akan seperti mereka kalau dipanjangkan umur.
Selesai semuanya, kami meneruskan lagi langkah demi langkah kaki kami menuju Raudhah. Ya!!! dah dekat!!! apa yg kami hajati terbentang di depan mata kami! Raudhah...Taman Syurga.
Assalamualaikum ya Rasulallah, Assalamualaikum Ya Habiballah... Ya Nabi Allah, aku dtg utk bertemumu kekasih Allah...
Allah, sekali lagi sebak didada kembali, linangan air mata mengalir tanpa diseru. Aku membaca Al-Quran bg mengisi masa terluang menunggu giliran ke kawasan Raudhah. Sejuruh sahaja pengawal/polis wanita yg menjaga kawasan Raudhah menunjuk ke arah kumpulan kami, Aku dan mak menarik tangan jemaah kami yg agak berumur dan kurang berdaya utk sama-sama mendapat ruang utk bersujud , solah sunat di kawasan Raudhah. Kawasan Raudhah adalah kawasan berkapet hijau. Org sgt ramai dan bertolak-tolak utk berebut mendapatkan ruang solah sunat di situ. Aku hanya mampu berteriak Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! sambil di dalam hati memohon supaya Allah permudahkan kami. Hanya 1 difikiranku, jangan lah kerana mengejar Raudhah ini tapi sampai buruk perangai aku seperti menolak jemaah lain dan sebagainya. Saiz rakyat Asia antara yg terkecil berbanding dgn saiz rakyat negara2 lain seperti Turki, Afrika, UAE dll. Aku pasrah dan redha shja dgn apa berlaku. Sungguh, walaupun kurang selesa utk solah sunat, Namun aku berjaya juga akhirnya. Sesudah berdoa, pengawal/polis wanita berteriak khuruj! khuruj!khuruj! (keluar). Kami semua meninggalkan kawasan Raudhah dan ada jemaah yg tercicir sepasang dan sebelah kasut. Tak apa m.cik, nanti kita cari sahaja di luar. Ada rezekinya, insyaAllah dpt la blk, kalo xada, redha je la. Masih ada rezeki m.cik tadi, beliau berjumpa blk dgn sebelah lagi kasutnya. Alhamdulillah.
Ketika ini, aku tidak membawa hp aku yg berkamera. Aku serahkan pada adik aku utk mengambil gambar di kawasan Raudhah. Di bahagian lelaki terdapat mimbar. Setelah pulang ke hotel, adik aku memberitahu aku yg jemaah lelaki agak mudah utk memilih mana2 ruang utk solah sunat dan dia dapat solah sunat di depan mimbar. Alhamdulillah, itu kan rezekinya. Tak perlu cemburu.
Kembali lagi kami ke hotel setelah selesai urusan. Kami berehat di hotel bagi meneruskan ibadah yg lain...
Sambung part 5...
Penyucian jiwa (1 Ramadhan di tanah suci)...part 3 August 8, 2012
Selepas solah Zuhur di masjid dan selesai menghantar jemaah wanita ke hotel, aku merayau-rayau bersama mak di sekitar kawasan hotel. Org perempuan ni kalo dgn sopink mmg xleh lari la. Konon saja2 nak tgk, terbeli jugak la sebarang dua di kedai sekitar tu. Aku jadi rambang mata tgk jubah. Macam2 fesyen dan warna manik tapi warna kain boleh dikatakan 99% hitam. Wanita arab boleh dikatakan smuanya mengenakan jubah warna hitam di luar sebagai cover, manakala di dalamnya dikenakan bermacam2 fesyen pakaian, ada yg jeans dan sebagainya. Aku terbeli jugak sehelai 2 jubah buat tukar ganti sepanjang di sana sbb aku hanya bawa 2helai baju sahaja. Memang niat aku xnak bawa baju byk sbb nak beli je nanti. Harga ditawarkan, pada aku rasakan murah disebabkan mata wang RM lebih besar sedikir dari SR. Kalau di Malaysia, jubah2 dari arab semuanya mencecah RM150 dan ke atas padahal di sini, boleh dapat dengan separuh harga. Yg bestnya, penjual di sini kebanyakan boleh berbahasa melayu dan ada berdialek Indonesia. Ini mungkin kerana kuasa membeli terbanyak dari kalangan rakyat Negara Malaysia dan Indonesia.
Selepas selesai solah asar, aku menyambung aktiviti merayau dgn adik aku, sementara menunggu wartu maghrib utk berbuka puasa di hotel. MasyaAllah, letih sgt kami rasa tambah pula cuaca yg sgt panas. Otw pulang ke hotel utk berbuka puasa, seingat aku, kami beli 3jenis jus buat haloba mata. Padan muka kan, berjalan xingat. hahhahaa..... Sebaik sahaja azan maghrib berkumandang, aku dan adik aku jadi seoerti budak2 yg baru belajar berpuasa menegok air bercawan2 dan terdampar di lantai berjubin yg sejuk utk menghilangkan keletihan. Azab jugak rasanya. Kami baru sehari merasa berpuasa di tempat panas sudah keletihan begini, bagaimana pula mereka yg sudah biasa dgn keadaan begini? moga berlipat ganda lah pahala mereka yg sgt sabar. Syukur jkita di Malaysia yg kadang kala merungut akan cuaca panas, cuma 30degree+++. Aku hanya solah maghrib di hotel. Kemudiannya bersiap utk solah isyak di masjid nabawi dan solah sunat terawih.
Selesai melalui prosuder biasa di pintu masjid nabawi, aku dan emak serta jemaah wanita yg mengikut aku menulakan misi mencari tempat utk solah. Alhamdulillah ada sedikit ruang. Pada bulan Ramadhan, aku difahamkan jemaahnya terlalu ramai hampir2 hendak menyamai pada musim haji kerana ramai yg berebut peluang utk berpuasa di tanah suci disamping tiada kuota yg dihadkan utk jemaah yg dtg utk mengerjakan umrah. Syahdu sangat mendengar imam mengalunkan suara ketika solah. Walaupun surah panjang yg dibaca tapi tidak terasa lamanya berdiri. Solah sunat terawih di sini tidak sama seperti di Malaysia iaitu tiada selawat berselingan utk memulakan rakaat baru. Selesai salam, imam akan terus bangun dan takbir utk rakaat seterusnya sehingga selesai.
Day 2
Kami bersahur di hotel dan menunggu waktu subuh. Ramai2 bergerak menuju ke masjid nabawi. Selesai solah subuh, kami ada misi yg mesti dilaksanakan iaitu ke Taman Syurga...Raudhah...
Sambung part 4...
Aku sukakan bumi Madinah, penuh toleransi, kelembutan dan tenang.

Seorang backpaker bertukar menjadi pembantu mutawif, beg berisi paspot anak jemaah dan dokumen yg lain. Aku suka task baru kali ni. Tq abah n mak
Subscribe to:
Comments (Atom)
Land Roadtrip to Indochina part 1
Assalamualaikum... Hari ni baru nak update pasal story landroad by kelisa ke Golden Triangle. Actually kitorg dah pun beli tiket flight Ha...
-
Hari pertama Tanggal 27 April 2017, bermulalah percutian keluarga kecil kami turut serta 2 orang lagi sahabat kami iaitu Mohd Firdaus l...
-
Hari kedua Perjalanan diteruskan membelah gelap di tengah malam yang hanya diterangi lampu suluh di kepala dan diselangi dengan ‘take 5...
-
Selepas solah Zuhur di masjid dan selesai menghantar jemaah wanita ke hotel, aku merayau-rayau bersama mak di sekitar ...